Sejarah Ringkas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Menurut sejarah, Silat Cekak ini berasal dari Negeri Kedah. Ianya pernah digunakan oleh panglima-panglima kanan kerajaan Negeri Kedah unutuk meghadapi pencerobohan dari luar negeri semasa zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1854-1879). 
  
  Menurut sumber yang boleh dipercayai bahawa salah seorang daripada panglima kanan kerajaan Negeri Kedah iaitu Panglima Ismail telah berjaya menewaskan seorang panglima Batak bernama Tuah (Bukan Hang Tuah).

  Di Kerian, Perak, yang pada masa itu di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah, Panglima Tok Rashid, yang berasal dari Sungai Daun, Kedah dan isterinya telah berpindah ke Kerian lebih 80 tahun lalu keana kampung mereka telah diserang oleh wabak taun. Kemudian Tok Rashid telah menurunkan ilmu Silat Cekak ini kepada En Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Perak. yahya Said telah diamanahkan untuk mengajar silat ini kepada orang Kedah apabila tiba masanya kelak.

   Panglima Tok Rashid ada mewasiatkan kepada En Yahya Said bahawa: " Jika ada anak cucuku di Kedah yamg hendak belajar hendaklah kau pulangkan kembali."

  Pada malam 5 Ramadhan 1385 Hijrah bersamaan dengan 28 Disember, 1965, atas daya usaha Yang Mulia Ustaz Hanafi Haji Ahmad, Silat Cekak telah dapat dilahirkan kembali ke alam nyata di rumah En Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah. Y.M.Ustaz Hanafi telah mengambil kembali Silat Cekak daripada En Yahya Said